Seorang usahawan tekstil berketurunan Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan netizen terutamanya buat kalangan orang Melayu selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang berbaur tidak baik terhadap masyarakat Melayu.
Macam tu je dia hina orang Melayu pic.twitter.com/tcHdHzSYVA
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) November 18, 2023
Hina Melayu Malas
Berdasarkan video yang tular di media sosial, ia dapat dilihat bahawa Mariyah melemparkan kenyataan sebegitu sambil mengaitkan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
“Ya memang saya orang Kemboja dan apa kena mengena saya orang Kemboja dengan orang Malaysia? Saya memang orang Kemboja, dilahirkan di sana tetapi dibesarkan di Malaysia. Kalau orang Kemboja memang pandai meniaga dan orang Kemboja memang rajin. Nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas”, katanya.
Video tersebut juga turut mendapat pelbagai reaksi dari warga maya sehinggakan Persatuan Melayu Champa Johor Bahru membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat oleh usahawan tersebut.
@simple_life40 Simpan sini dulu #makcikkemboja
Tampil Mohon Maaf
Selepas video tersebut kian tular dan telah mencetus kemarahan orang Melayu, Mariyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @simple_life40 di laman TikTok, ia memaparkan Mariyah membuat permohonan maaf kepada semua pihak disamping beliau juga memaafkan kepada mereka yang mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya dan memilih untuk mencari ketenangan diri.
“Saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap (dalam video yang tular) dan kalau anda rasa itu adalah penghinaan saya minta maaf sekali lagi banyak-banyak. Saya pun maafkan you all semua atas apa yang anda komen dalam live saya yang mahu boikot dan sebagainya, saya maafkan sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada. Saya tak pernah koyak. Saya hanya akan koyak bila Allah tak pandang saya dan Allah tak reda dengan saya, ingat itu sahabat”, jelasnya.
Dalam pada itu, kru produksi bagi akaun TikTok kepada Mariyah juga turut memohon maaf atas kekhilafan mereka yang terlepas pandang mengenai isu yang sensitif tersebut.
Kredit: X KulupFans, TikTok simple_life40