fbpx

Seorang pelajar lelaki tingkatan lima dilaporkan mengalami pendarahan di bahagian mata kanan akibat dirotan guru, dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Sungai Ara, Pulau Pinang, semalam.

Gambar Sumber: Malaysia Gazette

Dirotan Guru Lepas Kantoi Hisap Vape Dalam Kelas

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Malaysia Gazette, bapa kepada mangsa, iaitu Mazni Mohamad, 47, mendedahkan anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu ditangkap ketika sedang menghisap rokok elektronik dalam kelas subjek Sains. Disebabkan oleh itu, pelajar tersebut dibawa untuk berjumpa dengan seorang ustaz yang juga difahamkan merupakan seorang pembantu guru disiplin sekolah terbabit untuk tindakan lanjut.

“Anak saya disoal siasat sebelum guru disiplin berkenaan mendakwa dia menipu dan bertindak merotannya. Bagaimanapun, rotan tersebut terkena pada bahagian mata kanan sekali gus menyebabkan dia mengalami pendarahan”, jelasnya.

Gambar Sumber: Malaysia Gazette

Ingatkan Cedera Ringan Sahaja

Mazni turut menambah bahawa beliau telah menerima panggilan telefon dari guru berkenaan dan sejurus dimaklumkan rotan tersebut terkena pada bahagian atas pelipis mata.

“Bila saya dapat panggilan daripada cikgu, dia bagitahu kena atas pelipis mata sikit sahaja. Jadi saya ingat tiada apa. Susulan itu, guru berkenaan sedar tindakannya mengakibatkan kecederaan pada anak saya sebelum pihak sekolah membawanya ke klinik serta ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan susulan”, katanya lagi.

Terpaksa Bawa Ke Hospital Lain Sebab Tiada Pakar Mata Berdekatan

Bapa mangsa yang juga merupakan seorang pemandu lori memberitahu bahawa anaknya terpaksa dibawa dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang memandangkan pakar mata tiada di Hospital Balik Pulau.

Tambahnya, terdapat satu laporan polis berhubung kejadian tersebut dibuat selain beliau dan isteri akan berjumpa dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut pada hari ini.

Kredit: Malaysia Gazette

[fbcomments]