Baru-baru tular di semua laman sesawang berkenaan tentang seorang penumpang bas yang ditinggalkan oleh pemandu hanya kerana beliau lewat seminit untuk naik ke kenderaan tersebut.
Tindakan pemandu bas terbabit telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana beliau langsung tidak mempunyai timbang rasa terhadap mangsa yang sehabis tenaga mengejar bas tapi tidak diendahkan.
@tsharissadli
Penumpang Berlari Kejar Bas Tapi Pemandu Buat Tak Endah
Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh @tsharissadli di laman TikTok, video tersebut memaparkan seorang lelaki ditinggal bas ekspres walaupun pada ketika itu beliau sudah berada di sisi kenderaan tersebut. Difahamkan, pemilik video ini memberitahu pemandu bas terbabit tetap meninggalkan penumpang yang berlari mengejar bas itu atas sebab kelewatan selama seminit. Kejadian tersebut berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan menuju ke Melaka.
“Waktu kejadian, bas dijadualkan bergerak jam 9 malam. Seminit selepas itu, pemandu terus tutup pintu dan saya maklumkan mengenai lelaki terbabit tetapi tidak peduli. Kesian sangat, pemandu bas tinggal begitu sahaja penumpang sedangkan boleh sahaja berhenti”, jelasnya.
Mara Liner Mohon Maaf
Menurut sumber yang dilihat dari Mstar pula, Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner iaitu Zachary Ismail telah tampil membuat permohonan maaf dan meluahkan rasa kesal atas apa yang terjadi susulan video tular tersebut. Difahamkan, beliau memaklumkan bahawa Mara Liner telah mengambil tindakan terhadap pemandu bas terbabit selepas menerima aduan berhubung kejadian di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada Selasa, malam.
“Kami telah menghubungi penumpang terbabit pada Rabu bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal. Siasatan dalaman juga telah dimulakan sejurus aduan diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terbabit juga telah diambil. Mara Liner sekali lagi memohon maaf kepada semua dan berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan”, katanya dalam kenyataan pada Khamis, semalam.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen TikTok tersebut, terdapat beberapa netizen yang turut mengalami pengalaman yang serupa dari bas yang sama. Mereka luah rasa ketidakpuasan hati atas apa yang menimpa terhadap mangsa yang diperlakukan seperti itu kerana langsung tidak mempunyai rasa timbang rasa dan simpati dalam diri.
Kredit: TikTok tsharissadli, Mstar