Seorang lelaki bertindak kejam apabila sanggup membunuh isteri keduanya hanya kerana tidak mendapat wang sebanyak RM15,000 dalam kejadian pada 11 November lalu.
Bunuh Isteri Sebab Duit
Berdasarkan laporan media Indonesia, suspek iaitu Ahmad Yuda Siregar yang berusia 46 tahun itu bertindak sedemikian disebabkan ketidakpuasan hati terhadap isterinya iaitu Tetty Rumondang Harahap yang enggan memberi wang kepadanya untuk mengikuti pencalonan sebagai ketua daerah di Pilkada.
Menurut pegawai polis Kombes Pol. Nughoro Tri Nuryanto, beliau memaklumkan bahawa suspek memukul kepala mangsa dengan menggunakan lesung dan menusuk leher kerana mahu menguasai harta benda milik mangsa termasuk sijil, wang dan kenderaan.
Bakar Mayat Hingga Hangus
Lebih memilukan apabila suspek bertindak untuk membakar ubat nyamuk di bilik sehingga menyebabkan mangsa hangus terbakar dan kemudiannya beliau melarikan diri namun sempat diberkas oleh pihak polis.
Difahamkan semasa soal siasat, suspek mendakwa isterinya itu tidak menunaikan janjinya untuk memberikan wang kepadanya. Disebabkan kesalahan membunuh isterinya, suspek berdepan hukuman mati.
Sekadar info, mangsa dan suspek telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu.
Kredit: Berita Satu (Indonesia)