Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di kawasan perumahan Batu 9, Cheras baru-baru ini dilaporkan telah berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
![]()
Anjing Serang Kanak-Kanak di Cheras Ditangkap, Mangsa Dalam Keadaan Stabil
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan insiden berkenaan daripada abang mangsa berusia 20 tahun pada jam 11.41 malam. Katanya, status pemilikan anjing tersebut masih dalam siasatan sama ada ia haiwan peliharaan berdaftar atau sebaliknya.
Menurut beliau, mangsa berusia enam tahun diserang ketika sedang bermain basikal berhampiran rumah sebelum beberapa jiran bertindak menghalau haiwan berkenaan.
![]()
Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kepala akibat gigitan dan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Kajang dalam keadaan stabil.
Naazron memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan serta Seksyen 41(1) Akta Binatang 1953.
![]()
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin memelihara anjing agar mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan dan memastikan kawalan rapi bagi mengelakkan kejadian serupa.
Polis dalam masa sama menggesa saksi tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang atau Pegawai Penyiasat yang bertanggungjawab.
Kredit: Harian Metro