Pemain badminton perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia, tidak dapat menahan sebak ketika meluahkan perasaannya mengenai tekanan yang dihadapinya setiap kali membaca berita seolah-olah dia telah melakukan kesalahan.
Dalam satu temu bual selepas memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, Zii Jia berkongsi bahawa rutinnya setiap hari adalah bangun pagi dan memulakan latihan.
Video di bawah:
https://x.com/kobeh988/status/1820459737751933167?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Kecewa Diri Asyik Dikecam Walaupun Sudah Buat Yang Terbaik
Namun begitu, Zii Jia mengakui sering menerima kecaman daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya, walaupun dia hanya berdiam diri dan fokus pada latihannya.
Melalui video yang dikongsikan oleh akaun X kobeh988, Zii Jia yang dilihat sambil menangis, meluahkan rasa hairannya mengapa namanya sering disebut-sebut dalam berita dengan komen negatif.
“Every morning saya wake up, nampak macam macam news pasal nama saya. I was wondering apa yang saya buat salah” luahnya sambil menangis.
Perkongsian tersebut telah menyentuh hati peminat Zii Jia yang turut bersedih mendengar luahan ikhlas darinya. Ramai memberikan sokongan moral dan meminta Zii Jia untuk mengabaikan komen-komen negatif serta fokus kepada perjuangannya dalam sukan badminton.
Untuk makluman, Lee Zii Jia telah menyumbangkan pingat kedua untuk kontinjen negara setelah mengalahkan pemain India, Lakshya Sen, dalam perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11.
Meskipun tewas di set pertama, Zii Jia bangkit dengan semangat juang yang tinggi dan memenangi dua set berikutnya, sekali gus membawa pulang pingat gangsa di Olimpik Paris 2024.
Kredit: X kobeh988