Kini Kerajaan Arab Saudi telah pun bersetuju memberikan tambahan sebanyak 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin ketika beliau berjumpa dan menghadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud serta mengemukakan sendiri permohonan tersebut.

Apabila situasi haji kembali normal selepas pandemik Covid-19, kita akan mendapat kuota haji itu untuk jemaah kita.

Alhamdulillah dalam masa yang sama, Putera Mahkota memberi jaminan dan jawapan positif terhadap permohonan itu kerana Arab Saudi sentiasa mengalu-alukan jemaah Malaysia yang terkenal dengan tingkah laku baik, berdisiplin dan kurang menimbulkan masalah.

Difahamkan, pertemuan dengan Putera Mahkota itu adalah kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke negara tersebut sebelum pulang ke tanah air.

[fbcomments]