fbpx

Pernahkah kita terasa kesempitan hidup? Rasa kekurangan wang dan segala-galanya tidak cukup? Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, umpama mimpi ngeri tahun 2020.

Mungkin itulah yang terjadi kepada keluarga seorang bayi yang ditemui dalam sebuah kotak ini.

Penemuan bayi dalam sebuah kotak beserta nota

Tular satu kisah di Facebook berkenaan seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah kotak berserta dengan sekeping nota yang didakwa tulisan tangan penjaganya serta beberapa barangan bayi.

Bayi tersebut diletakkan di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru.

Ingatkan kucing, rupanya bayi

Menerusi laporan Harian Metro, bayi itu dijumpai oleh Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 7.15 pagi.

Saya ketika itu mahu ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan dan nampak kotak di pintu pagar surau yang pada mulanya menyangka ada orang membuang anak kucing…

Kebetulan kotak itu ditutup dengan kain biru, jadi saya ambil keputusan untuk tengok dan selak kain itu. Terkejut saya apabila melihat bayi di dalamnya…

Mohon maaf tak dapat jaga

Bayi yang ditinggalkan itu diberi nama sebagai Muhammad Arif.

Di dalam nota tersebut turut menunjukkan bahawa si penjaga kepada bayi tersebut memohon maaf kerana tidak mampu membesarkannya atas faktor ekonomi dan berterima kasih kepada individu yang sanggup menjaga Muhammada Arif.

Diletak ketika para jemaah sedang solat Subuh

Difahamkan, bayi berkenaan berkemungkinan telah berada di kawasan surau seawal Subuh, mungkin diletakkan ketika para jemaah sedang menunaikan solat.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu. Sementara, bayi berkenaan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

[fbcomments]