Kes penderaan terhadap kanak-kanak kini telah berleluasa dalam masyarakat Malaysia. Baru-baru ini dikhabarkan lagi seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun telah didera oleh ibu kandung sendiri bersama seorang pengkid yang difahamkan kekasih kepada ibu mangsa. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor.

Jiran Datang Serbu Rumah
Berdasarkan beberapa video yang dimuat naik di laman Twitter, kedua-dua suspek kelihatan panik apabila jiran tetangga datang sergah ke kediaman mereka dan menyuruh mangsa dibawa keluar. Apa yang lebih menyayat hati adalah apabila mereka yang berada di tempat kejadian menemukan kesan kecederaan yang serius pada belakang badan mangsa tersebut.

Mana Anak Awak? Bawa Dia Keluar Sekarang! Memang Perangai Haram Jadah – Jiran
Selepas kedua-dua individu tersebut digesa oleh jiran untuk membawa anak mereka keluar, mereka terpaksa membawa mangsa ketangan jiran. Pasangan tersebut yang kelihatan sedang menangis akibat panik memohon rayu agar budi bicara dapat menolong mereka.
“Astaghfirullahalazim.. Kau ada otak ke tak ada otak? Kau buat apa dengan anak kau ni? Ini kes dera b***h”, kata salah seorang jiran.
Jiran Pastikan Mereka Akan Lingkup Dalam Penjara
Selepas kebenaran terbongkar, seorang lelaki mula memarahi wanita pengkid itu dengan teruk sehingga terpaksa ditenangkan oleh jiran yang lain. Melihat kecederaan yang dialami mangsa, kemungkinan ia adalah akibat daripada kesan cucuhan api rokok atau seterika panas. Demi membela nasib anak malang ini, jiran-jiran bersepakat untuk memastikan pasangan terbabit akan diheret ke muka pengadilan.
Kredit: Mstar, Twitter cikgusuraya_ch