fbpx

Anak sulung kepada pesara Felcra iaitu Suraiya Izzaty, 29, meluahkan kekecewaan mendalam atas insiden tragis yang menimpa bapanya, Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Wang Tepus, Jitra baru-baru ini.

“Ayah Baik Dengan Suspek”

Suraiya menyatakan rasa terkilan kerana bapanya sering membantu suspek tanpa syak wasangka, termasuk memberi kebenaran kepada suspek untuk menggunakan air dan elektrik bagi pembinaan rumah jiran.

“Kami terkilan kerana sebelum ini ayah melayan suspek dengan baik, ayah tidak pernah cerita ada masalah dengan dia.

“Ayah memang tidak suka cakap buruk pasal orang, saya dapat tahu suspek selalu datang rumah ayah untuk menggunakan air dan elektrik bagi pembinaan rumah jiran, tetapi kami tidak pernah bertemu,” jelas Suraiya.

Tambahnya, mereka sekeluarga langsung tidak menyangka bahawa individu yang dilayan dengan baik oleh bapanya tergamak melakukan tindakan kejam itu.

“Saya tidak tahu apa motif sampai dia (suspek) sanggup bertindak kejam, ayah juga tidak pernah beritahu dia ada masalah dengan suspek atau apa-apa perkara yang mencurigakan sebelum ini,” tambahnya lagi.

Menurut Suraiya, suspek turut menghilangkan diri sebaik sahaja bapanya dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi, sehinggalah dia akhirnya berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

Dalam rakaman TikTok yang tular, anak ketiga mangsa mendedahkan bahawa bapanya baru sahaja mengenali suspek sekitar empat hingga lima bulan yang lalu.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZS2G5xYSp/

Namun, disebabkan sifat peramah bapanya, beliau sering memberikan buah-buahan kepada suspek, dan hal ini menimbulkan kebingungan dalam kalangan keluarga mengapa tindakan sekejam itu terjadi.

Sementara itu, jiran-jiran memaklumkan bahawa pihak polis telah membawa kedua-dua suspek ke rumah mangsa bagi tujuan lakonan semula pada Ahad lepas.

Pada hari kejadian, difahamkan bahawa mangsa baru pulang ke rumah selepas bertemu seorang rakan sebelum dibawa oleh suspek ke Jitra, yang kemudiannya membawa kepada tragedi menyayat hati tersebut.

Kredit: Kosmo, TikTok ms.umii8_

[fbcomments]