Usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bengang dan berang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu kelihatan murah gara-gara susunan perabot dan perhiasan yang dipilih tidak sesuai dengan reka bentuk rumah.
@ohbulanofficial Datuk Seri Aliff Syukri berang dengan kenyataan oleh seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya macam kedai Tom Yam 😅 #ohbulan #sembangentertainment #rumah #aliffsyukri #macam #kedai #tomyam
Alif Syukri Sound Pereka Dalaman Yang Mengecam Rumahnya
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Aliff di laman Instagram dan dimuat naik semula oleh @OhBulan di laman TikTok, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta agar pereka dalaman rumah terbabit tidak memetik namanya semata-mata untuk meraih perhatian ramai.
Aliff turut menjelaskan bahawa setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza-beza dalam aspek mendekorasi rumah kediaman masing-masing.
“Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tomyam lah, buruk lah. Ini rumah saya, suka hati saya. Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat. Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak,” katanya.
Tak Teragak Nak Hantar Surat Saman
Dalam pada itu, Aliff Syukri juga menegaskan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang serta mengeluarkan surat saman terhadap individu berkaitan.
“Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau. Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik.
“Awak tahu tak pereka dalaman saya ni, antara yang terbaik di Malaysia dan pernah dapat anugerah. Rumah saya pun pernah disenarai pendek antara rumah yang memiliki rekaan dalaman tercantik di Malaysia. Awak tak perlu nak kondem rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak dan awak tak perlu sebut nama saya okay,” katanya lagi sambil memberitahu wanita terbabit tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.
Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang pereka dalaman telah memuat naik satu video di laman TikTok dengan mendakwa rumah Aliff Syukri tidak memiliki rekaan dalaman yang mewah dan elegan.
Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris