fbpx

Tiga tahun lalu, satu tragedi telah menggemparkan negara apabila sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hangus dijilat api. Lebih menyedihkan, kejadian itu telah meragut 23 nyawa penuntut tahfiz berkenaan.

Namun pada hari ini, remaja lelaki berumur 19 tahun itu (berbaju hitam) akhirnya dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Didapati bersalah menyebabkan 23 kematian

Hukuman tersebut diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi KL, Datuk Azman Abdullah selepas tertuduh didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukannnya pada 14 September 2017 sewaktu berusia 16 tahun mengikut Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Kedua-dua mereka  didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

https://web.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/3235322726535406/?q=remaja%20bakar%20tahfiz&epa=SEARCH_BOX&__m_async_page__=1

Tragedi menyayat hati itu telah mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.

[fbcomments]