Semalam tular di media sosial tentang komen daripada sebuah restoran makanan segera jenama tempatan yang didakwa cuba menyenyuh isu perkauman, dilakukan di laman Facebook milik mereka telah mendapat kecaman hebat dari warga maya.

Restoran Mohon Maaf Atas Komen Berbaur Rasis Dengan Kaum Lain

Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh Darsa Fried Chicken Official di laman rasmi Facebook mereka, pihaknya tampil memohon maaf atas kesilapan komen yang telah menggugat dan mengguris hati rakyat Malaysia.

“Kami memohon maaf dan mengakui ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak megganggu fokus admin kami.

“Maka kami telah memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa isu selepas ini untuk mengelakkan kesilapan yang berulang. Kami hanya akan menjawab tentang isu mengenai operasi dan perkara berkaitan yang tidak melibatkan pihak lain,” tulisnya.

Pihak mereka juga turut mengalu-alukan kedatangan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

“Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai. Pihak pengurusan DarSA Fried Chicken sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru buka pada 29 April lalu,” luah mereka lagi.

Komen “Type C” Punca Admin Akaun Tersebut Dikecam

Difahamkan restoran berkenaan yang disebut-sebut sebagai alternatif kepada KFC mendapat kecaman hebat selepas diberikan respons yang berkata harga yang dikemukakan agak mahal.

Hal ini terjadi selepas restoran tersebut mengingatkan kepada pelanggan agar “tidak ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh “type C” yang merujuk kepada orang Cina di Malaysia.

Kredit: Facebook Darsa Fried Chicken Official, Malaysia Kini

 

[fbcomments]