Suami mana yang tak sedih bila dapat tahu si isteri meninggal dunia tanpa dapat menemani di sisi. Begitulah yang dialami oleh pakcik ini dimana isterinya telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Lebih memilukan apabila difahamkan warga emas tersebut sebenarnya baru baru saja keluar dari pusat kuarantin akibat Covid-19. Setiba sahaja di rumah, beliau telah dimaklumkan bahawa isteri kesayangan telah kembali ke rahmatullah tiga hari lepas.
Anak kepada pakcik ini telah berkongsi video ringkas yang menyaksikan ayahnya itu sedih lalu terduduk kerana kehilangan orang tercinta dalam hidupnya.
Tiada kata-kata yang mampu diungkap, hanya tangisan dan doa menemani kenangan mereka pernah bersama.