fbpx

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan media menyatakan pihak mereka memandang serius terhadap insiden yang viral melibatkan beberapa orang pekerja J&T yang campak barang pelanggan baru-baru ini.

BACA : [VIDEO] Tular Pekerja J&T Mogok Baling Barang Pelanggan, Ini Kejadian Sebenar

Malah, SKMM turut meminta syarikat kurier terbabit memberi penerangan susulan isu berkenaan dan turuit memberi amaran kepada pihak pengurusan syarikat tersebut untuk memperbaiki tatacara pengendalian bungkusan pelanggan.

Hak pelanggan dilindungi

Dalam masa yang sama, SKMM turut mengingatkan secara tegas kepada semua syarikat kurier berlesen untuk sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi melindungi hak pengguna.

Sekiranya pemegang lesen didapati ingkar dan melanggar mana-mana perundangan subsidiari di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012, mereka boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM300,000 atau tempoh penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC menyeru agar pihak pengguna memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan syarikat penghantaran.

Menjaga kebajikan pekerja

Pemangku Presiden Kongres Persatuan Pekerja Malaysia (MTUC) turut menggesa kerajaan supaya bertindak segera dan mengenalpasti punca berlakunya tindakan mogok melibatkan pekerja J&T Express itu bagi memastikan kesahihan dakwaan pengabaian kebajikan dan pemberian komisen kepada pekerja.

Sekiranya pihak Pengurusan J&T Express telah melanggar dan mengabaikan pekerja-pekerja mereka maka tindakan tegas perlu diambil. Dan semua pekerja J&T Express hendaklah mendapat kebajikan sewajarnya daripada majikan mereka serta bayaran yang setimpal terhadap kerja yang telah dilakukan oleh pekerja syarikat berkenaan.

Penambahbaikan tersebut perlu dilakukan agar pekerja dalam sektor penghantaran ini menerima upah yang setimpal di samping kebajikan mereka terbela dan terjaga.

[fbcomments]