Satu insiden membabitkan aktiviti rekreasi banana boat di sebuah pantai tular di media sosial baru-baru ini selepas rakaman video memaparkan beberapa pengunjung tercampak ke darat dalam keadaan mencemaskan.
![]()
Video di bawah:
https://www.threads.com/@sashaabdulhalim/post/DWtplI1k48U?xmt=AQF0Hk5zU4CkLtY9V_u2MAjieFQzg6lYYCFdfxa5kDnSZifNpRBaxyGr1L4mgXruS50NwJgM&slof=1
Pengunjung Panik Selepas Banana Boat Terbalik Akibat Pusingan Tajam
Berdasarkan video yang dikongsikan, bot yang mengendalikan permainan tersebut dipercayai dipandu pada kelajuan tinggi di kawasan air cetek berhampiran persisiran pantai sebelum melakukan satu pusingan tajam. Namun, pusingan tajam yang dilakukan dipercayai tidak terkawal sehingga menyebabkan banana boat berkenaan terbalik secara tiba-tiba berhampiran kawasan daratan.
![]()
Akibat kejadian itu, semua pelancong yang menaiki banana boat dilihat tercampak keluar lalu tercampak ke atas pasir pantai. Lebih membimbangkan, beberapa mangsa dewasa turut terjatuh berhampiran kanak-kanak yang sedang bermain di tepi pantai, sekali gus mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung.
![]()
Orang ramai yang berada di lokasi segera tampil memberikan bantuan. Susulan video tular tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu bot yang didakwa cuai, selain menyuarakan kebimbangan terhadap risiko kecederaan kepada individu terlibat serta menggesa agar tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak pengendali aktiviti itu.
Kredit: Threads sashaabdulhalim