Bangunan pencakar langit bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Bahkan kita sebelum ini pernah mempunyai menara-menara bertaraf antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas dan juga menara Exchange 106.

Tapi kalau anda perasan, kat Kuala Lunpur ni ada satu lagi bangunan baru dalam pembinaan yang tinggi menjulang! Bangunan tu adalah milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Bangunan kedua tertinggi di dunia

Ia mempunyai 87 buah lif bagi keseluruhan bangunan dengan kelajuan 10 meter sesaat. Mula dibina pada 2014, bangunan ini diberi nama Merdeka 118.

Kalau nak tahu, Merdeka 118 ini mempunyai 118 tingkat di samping lima tingkat bawah tanah.

Menara setinggi 630 meter yang berada di ibu kota itu bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 829.8 meter.

Empat tingkat teratas menara ni menempatkan anjung tinjau & restoran. Anjung tinjau tu ada teropong macam kat Menara KL tu. Jadi, kita boleh tgk pemandangan bandaraya KL daripada paras ketinggian 500m

Inspirasi daripada imej PM pertama Malaysia

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah reka bentuknya yang mengambil inspirasi daripada imej perdana menteri pertama kita iaitu Tunku Abdul Rahman ketika perisytiharan kemerdekaan negara di Stadium Negara pada 1957.

Reka bentuk bahagian kacanya pula dikatakan mengambil inspirasi daripada motif songket Melayu serta bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya itu melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Nama bangunan ni adalah sempena dengan lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka dengan Stadium Negara manakala 118  pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan.

Pada waktu malam pula, menara Merdeka 118 akan dihiasai dengan nyalaan light strip yang bercahaya & bergerak dari bucu ke bucu.  Ia akan memberikan pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.

[fbcomments]