Pempengaruh dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad baru-baru ini telah memuat naik sebuah video di laman sosialnya berkenaan tentang beliau telah menyediakan 10 buah bas persiaran bagi kegunaan orang ramai secara percuma untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri kelak.

@hafizmahamad

“Saya dah bayar 10 bas untuk awak balik raya kampung tahun ni”. Baca caption bawah ni tau Saya faham, ada ramai sahabat yg “kewangan” dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yg boleh tau. Tahun lepas 10 bas kita sponsor & InsyaAllah untuk tahun ni, kita sponsor 10 bas juga untuk awak balik raya tau Harap dpt membantu ramai sahabat yg memerlukan. Jangan cancel last minit & book main main. Kesian saya nanti hehe. Baik kita bg peluang dkt sahabat yg memerlukan Bawah ni details “Balik Raya FREE bersama @AINAA 2024” Start esok (21 March 2024) dah boleh Book Ticket BAS PERCUMA JOM PULANG BERAYA BERSAMA AINAA SIRI 4 📆 Tarikh: 7 April 2024 (Ahad) 🕰️ Masa: 8.15 malam 👨‍👩‍👧‍👦 Tempat berkumpul: Seksyen 13, Shah Alam 🚌Destinasi: Serata utara, selatan & pantai timur CARA DAPATKAN TIKET: 1 . Layari eticketing.my 2. Pilih lokasi berangkat Seksyen 13 Shah Alam, bertarikh 7 April 2024, dan pilih destinasi masing-masing. 3. Pilih mana-mana seat yang masih available dan pastikan bus provider adalah KIFFAH 4. Masukkan nama, emel & contact number yang senang untuk dihubungi (pastikan anda guna kod BAS AINAA untuk menebus tiket percuma) 5. Anda akan menerima e-boarding pass di emel dan dalam masa beberapa hari lagi, team AINAA akan hubungi anda untuk guide cara ke lokasi berkumpul. BAS YANG DISEDIAKAN HANYA 10 BUAH SAHAJA. TEMPAT DUDUK ADALAH FIRST COME FIRST SERVE BASIS. TIADA LIMIT TIKET CUMA SETIAP KALI PEMBELIAN HANYA 5 ORANG SAHAJA PADA SATU MASA. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi team Admin Sahabat AINAA saya di +60 10-874 5663 . Harap bas ni semua penuh. Happy tak awak ? Saya nk baca comment awak Bagitau kawan kawan tau ! “Kejayaan Demi Kebahagiaan” 2023 : @Hafiz Mahamad

♬ original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad

Sudah Kali Keempat Meneruskan Tradisi Taja Bas Untuk Pulang Ke Kampung Setiap Kali Raya

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @hafizmahamad di laman TikToknya, difahamkan ia merupakan kali keempat beliau meneruskan tradisi menaja bas ini kerana memahami terdapat golongan yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan di musim perayaan.

“Saya faham ada ramai sahabat yang kewangan dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yang boleh. Tahun lepas 10 bas kita taja dan Insya-Allah untuk tahun ni kita taja 10 bas juga untuk awak balik raya. Saya dah bayar 10 bas untuk awak balik raya kampung tahun ni,” katanya dalam video tersebut.

Mahu Bantu Orang Ramai

Kata Hafiz lagi, beliau berharap dengan bantuan yang sudah disediakan ini, ia dapat membantu orang ramai yang memerlukan untuk pulang berhari raya di kampung kediaman masing-masing.

“Biarlah tak mampu beli baju raya, asalkan dapat beraya dengan mak ayah di kampung. Nanti cakap dekat mak, ‘Mak, raya ni adik balik!’. Sampaikan salam saya pada mereka tau.

“Jangan batal saat akhir dan book main-main. Kasihan saya nanti. Baik kita beri peluang pada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan kapsyen video berkenaan, sebanyak 10 bas telah ditaja untuk perjalanan dari Seksyen 13, Shah Alam di Selangor ke beberapa destinasi di utara, selatan dan pantai timur pada 7 April depan. Tempahan tiket percuma juga akan dibuka mulai hari ini, 21 Mac.

Kredit: TikTok hafizmahamad

[fbcomments]