Spekulasi kerajaan didakwa akan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat semakin hangat dan rancak diperkatakan di media sosial ketika ini.
Bermula semalam, bermacam-macam andaian telah keluar dan diperdebatkan di media sosial mengenai isu darurat.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia semua diminta bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan spekulasi yang boleh mengugat keamanan serta mengganggu ketenteraman awam.
Waktu bila boleh guna darurat
Pengisytiharan perintah darurat boleh dilakukan sekiranya negara berdepan dengan isu keselamatan dalam negeri, ketidakstabilan ekonomi atau ketenteraman awam.

Mengikut kenyataan Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang dipetik dari Astro Awani, beliau berpendapat bahawa darurat kesihatan adalah lebih sesuai dilaksanakan berbanding faktor krisis politik pada ketika ini.
Banyak negara dah isytihar darurat kerana Covid-19
Untuk pengetahuan, darurat tidak sepatutnya diisytiharkan berdasarkan krisis politik semata-mata seperti apa yang berlaku sekarang ini.
Namun jika COVID-19, ya, itu adalah krisis yang mendesak dan ada kemungkinan diisytiharkan darurat sebab banyak negara ketika ini mengisytiharkan darurat atas dasar COVID-19.
Jika dilihat, di Jepun, Itali dan Amerika Syarikat telah melaksanakan darurat. Malah di Romania juga telah menangguhkan pilihan raya mereka kerana COVID-19.

Tidak semestinya seluruh negara
Walau bagaimanapun, menurut Mohd Azizuddin lagi, pengisytiharan darurat merupakan jalan terakhir dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam negara.
Tambah beliau lagi, darurat juga tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara, sebaliknya boleh dilakukan di negeri-negeri tertentu sahaja.
Sebagai contoh di Amerika Syarikat, ada 48 negeri daripada 50 negeri diisytiharkan darurat.
Cuma saya rasa darurat ini tidak mesti melibatkan seluruh negara tetapi boleh diisytiharkan di negeri-negeri tertentu, misalnya Sabah yang agak tinggi kes COVID-19.
Jadi, boleh diisytiharkan di Sabah sahaja berbanding di negeri lain.

Dalam masa sama, beliau turut mengakui pengisytiharan darurat akan memberi kesan yang besar kepada negara termasuk akan menjejaskan peranan Kabinet.
Kredit: Astro Awani