fbpx

Seorang lelaki berusia 76 tahun dan anak lelakinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 37 tahun ditemui meninggal dunia di kediaman mereka, mencetuskan kejutan di kalangan penduduk sekitar.

Wanita OKU Ditemui Lesu Disamping Mayat Bapa Dan Adik Lelakinya

Menurut laporan Berita Harian, turut ditemui dalam rumah tersebut adalah seorang wanita OKU berusia 44 tahun yang dipercayai merupakan anak perempuan kepada lelaki berkenaan.

Wanita itu ditemukan dalam keadaan amat lemah, dipercayai akibat kelaparan setelah terpaksa bertahan di rumah tersebut bersama mayat bapanya dan adiknya.

Penemuan ini berlaku selepas penduduk setempat melaporkan terhidu bau busuk yang datang dari rumah di Sungai Abong, Muar itu. Penduduk juga menyedari bahawa rumah berkenaan berada dalam keadaan sunyi dan gelap selama beberapa hari, menimbulkan rasa curiga.

Ketua Polis Daerah Muar iaitu Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan bahawa kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk proses bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]