Kesedihan yang tidak terperi, begitulah yang dirasai oleh Siti Hawa Mohd Sebari balu kepada Leftenan Maritim Md Firdaus Omar dan juga ibu kepada Muhammad Lutfil Al-Hadi berusia 8 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi laporan Harian Metro, Hawa dikatakan beberapa kali pengsan sepanjang tempoh menunggu jenazah suami dan anaknya.

Maut di tempat kejadian

Leftenan Maritim Md Firdaus Omar dan anak sulungnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika mangsa menghantar anaknya ke kelas mengaji dari rumah mereka di Gong Badak dengan menunggang motosikal.

Bapa kepada arwah Md Firdaus menyifatkan pemergian anaknya itu amat sukar untuk diterima.

Kami berpisah buat selama-lamanya. Dia anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarga…

Dua beranak ni memang sangat rapat

Difahamkan arwah Md Firdaus dan anaknya Lutfil ini memang sangat rapat, kedua-dua mereka sering menghabiskan masa bersama jika ada waktu terluang.

Jenazah dua beranak itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Terengganu sebelum dihantar ke Kota Tinggi dengan van jenazah maritim untuk disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Adila.

[fbcomments]