Seperti yang diketahui umum, peningkatan jumlah jangkitan pandemik Covid-19 di beberapa kawasan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan.
Oleh kerana jumlah kes yang tinggi disana, pesakit yang positif Covid-19 juga ada ketika terpaksa menunggu beberapa hari untuk diambil dari kediaman dan diasingkan untuk menerima rawatan.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Michelle Christy apabila bapanya terpaksa melakukan pengasingan sendiri sebelum dibawa ke tempat rawatan oleh pihak kesihatan.
Asingkan diri duduk di kandang kosong
Memetik laporan mStar, Michelle memaklumkan bahawa bapanya yang berusia 45 tahun itu mengambil inisiatif mengasingkan diri daripada keluarga mereka dengan duduk di kandang kosong berhampiran rumah setelah mengetahui dirinya positif pandemik tersebut.
Sebelum tidur bapa akan spray sanitizer di atas tilam dan begitu sebaliknya. Sebak hati ini tengok bapa asingkan diri dia begitu tapi apakah daya, kami sebagai anak hanya mampu tengok sahaja.
Difahamkan bapanya merupakan seorang pekerja di syarikat kargo dan mengalami demam.
Doktor yang periksa, positif Covid19
Tapi tiga hari selepas itu, dapat berita bahawa doktor di klinik yang dia pergi positif Covid-19. Bos bapa saya cepat-cepat suruh buat swab test.
Pada 16 Oktober, bapa dapat panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan positif Covid-19. Dari situ semua terkilan, hampir hilang semangat dan menangis.