fbpx

Kisah haruan makan anak ni seperti tiada berkesudahan pula. Bapa yang seharusnya bertanggungjawab menjaga dan melindung anak tapi sanggup memperkosa darah daging sendiri sehingga mengandung!

Mangsa mengandung ketika usia 12 tahun

Kali ini mangsa adalah kanak-kanak berumur 12 tahun! Lebih menyedihkan perbuatan tersebut terbongkar apabila mangsa mengalami muntah-muntah ketika sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lepas.

Dirogol sebanyak 2 kali

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di sebuah kampung di Kuala Terengganu antara jam 3 hingga 4 pagi pada Julai hingga Ogos 2019.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama di lokasi dan waktu sama pada 16 Ogos 2019.

32 tahun penjara 20 sebatan

Bapa kepada empat anak yang bekerja sebagai juruteknik ini akhirnya dijatuhi hukum penjara 32 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.

Hakim membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 42 tahun selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

[fbcomments]