fbpx

Baru-baru ini kecoh tentang isu seorang kanak-kanak lelaki yang didera oleh ibu kandung bersama kenalan pengkid ibunya, dipercayai kejadian berlaku di Pasir Gudang Johor. Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kedua-dua suspek kini telah direman atas kes dera.

Terbaru, seorang kelibat lelaki yang difahamkan bapa kandung kepada Eiman Darwish telah membuat kemunculan untuk mengambil anaknya semula selepas apa yang sudah terjadi terhadap anak lelakinya itu.

@amirulhaizad55

Alhamdulillah jumpa balik harta dunia akhirat aku.. anak yang tak penah aku naik tangan kat depa..selama ni aku diam ja #eimandarwisy

♬ Cahaya Mata (OST ‘Remp-it 2’) – Black Hanifah & Cat Farish & Danial Bogers & Kombatt

Makin Ceria Di Sisi Bapa

Mangsa yang dikenali sebagai Eiman Darwish kini kelihatan lebih ceria dan sihat sisi bapa selepas mendapatkan rawatan di hospital. Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh beliau di laman TikTok @haizad55, beberapa video beliau telah meraih sambutan yang sudah mencecah satu juta tontonan dan anak lelakinya itu terlihat lebih bahagia daripada sebelumnya.

Dah Setahun Cari

Difahamkan lagi, bapa kepada mangsa tampil menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan keberadaannya sewaktu anaknya dijumpai oleh jiran tetangga. Namun, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Haizad menepis pertikaian tersebut dengan menjelaskan bahawa beliau sudah mencari anak lelakinya itu selama setahun selepas dilarikan bekas isteri pada September 2022.

Misi pencariannya yang hampir gagal kini berjaya mendapatkan semula anak kesayangannya apabila beliau mendapat tahu keadaan anaknya yang didera oleh bekas isteri bersama individu tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial. Eiman akan dibesarkan oleh bapanya selepas ini setelah kesemua rawatan sudah dijalani dan sembuh sepenuhnya.

Kredit: TikTok Haizad55

[fbcomments]