Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid iaitu Rasid Sulong dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Jumaat tadi.
Bapa Safawi Meninggal Dunia
Khabar sedih itu dimuat naik oleh Safawi sendiri menerusi Instastory di Instagram miliknya. “Assalamualaikum, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi (meninggal dunia) sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat”, tulisnya.
Safawi bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian bapanya itu.
Syifa Melvin Kongsi Foto Kenangan Bersama Mentua
Sementara itu, isteri Safawi Rasid iaitu Syifa Melvin, 29, memuat naik satu foto bersama Allahyarham dan reda atas pemergian bapa mentuanya itu menerusi laman Instagram Instastory.
“Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah”, tulisnya.
Kredit: Instagram Safawi Rasid, Instagram Syifa Melvin