fbpx

Baru-baru ini tular di Indonesia berkenaan satu berita yang menggemparkan mereka iaitu seorang lelaki warga Indonesia terpaksa menyimpan tubuh bayinya yang baru dilahirkan di dalam peti sejuk akibat ketiadaan wang untuk menguruskan kos pengebumian bayinya itu. Menurut laporan berita yang dipetik dari sumber Tribun News, kejadian yang dipercayai berlaku di Celedug, Kota Tangerang, Banten, bayi tersebut meninggal dalam kandungan ibunya ketika dilahirkan pada usia lapan bulan di sebuah pusat rawatan pada 2 Julai lepas.

Mayat Disimpan Dalam Peti Sejuk Selama 2 Hari

Menurut Pegawai Daerah Celedug, Marwan memaklumkan bahawa bapa kepada bayi tersebut membawa pulang bayinya untuk urusan pengebumian sementara isterinya masih mendapatkan rawatan selanjutnya. Beliau juga menambah lelaki terbabit sempat membacakan surah Yasin sebelum beliau bertindak untuk membekukan mayat bayinya di dalam peti sejuk rumahnya.

Baru Sahaja Berpindah Untuk Mulakan Hidup

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Marwan, lelaki terbabit bersama isterinya baru sahaja berpindah ke daerah tersebut dan belum melaporkan keberadaan mereka kepada jiran tetangga yang lain. Lebih tidak disangka apabila penduduk kampung sendiri yang menjumpai mayat bayi tersebut dalam keadaan beku di kediaman lelaki berkenaan.

Sudah Dikebumikan Pada 4 Julai Lalu

Selepas selesai pengurusan mayat bayi itu, polis telah mengambil beberapa keterangan daripada saksi kejadian memandangkan isu ini telah mendapat perhatian penduduk kampung. Pihak polis juga sudah mengambil keterangan dari pihak bapa kepada bayi itu untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kebarangkalian isu ini mempunyai unsur jenayah ataupun tidak.

Kredit: Tribun News

[fbcomments]