Pemandu kereta Proton Wira yang mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan di Ulu Tiram, Johor pada Rabu lalu dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat, hari ini.
Video di bawah:
https://www.facebook.com/watch/?v=1146527033307493&t=0
Pemandu Baru Balik Dari Dialisis Meninggal Dunia Selepas Kereta Terperosok Bawah Treler
Difahamkan, khabar duka mengenai pemergian mangsa disampaikan oleh anak saudaranya melalui sebuah hantaran di Facebook.
“Pakcik saya yang berada dalam kereta Wira telah meninggal dunia. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman. Kepada yang mengenali arwah, mohon maafkan segala salah silapnya,” tulis Aaisyah Humairah dalam hantaran tersebut.
Mangsa yang berusia sekitar 60 tahun dan dikenali sebagai Ramli Abdullah, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu, kereta yang dipandu oleh arwah terperosok di bawah sebuah treler panjang yang sedang keluar dari simpang. Kejadian tragis tersebut dirakam oleh pemandu lori yang kebetulan membuat video dari bahagian tempat duduk pemandu ketika dia cuba keluar dari simpang tersebut.
Melalui klip video berkenaan, pemandu lori dilihat sedang memberi arahan kepada kenderaan lain untuk memberikan laluan. Namun, beberapa saat kemudian, kereta yang dipandu oleh mangsa tiba-tiba meluncur laju dan tidak sempat membrek sebelum terperosok di bawah treler yang membawa muatan besi panjang itu.
Menurut ahli keluarga terdekat, ketika kejadian, mangsa yang menghidap penyakit buah pinggang sedang dalam perjalanan pulang selepas mendapatkan rawatan dialisis.
Punca sebenar kematian arwah masih belum dapat dipastikan. Ahli keluarga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan arwah dan memaafkan segala kesilapannya semasa hayatnya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Kredit: FB Aaisyah Humairah, Majoriti Official