Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi bagi menghadiri prosiding berhubung permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya.
![]()
Isteri Fikry Ibrahim Hadir Ke Mahkamah Syariah, Failkan Permohonan Cerai
Wanita berusia 37 tahun itu tiba kira-kira jam 9.40 pagi dengan ditemani peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib. Difahamkan, prosiding sebutan permohonan perceraian berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Namun begitu, kelibat Fikry, 31, tidak kelihatan di mahkamah sehingga jam 10 pagi.
![]()
Sebelum ini, rumah tangga pasangan berkenaan dilaporkan bergolak sejak Mei lalu susulan timbul spekulasi bahawa hubungan mereka semakin dingin.
Untuk makluman, Fikry dan Khalizah telah mendirikan rumah tangga pada 12 Januari lalu dalam satu majlis tertutup yang diadakan di negeri Kedah. Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Siti Khalizah.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Fikry berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Kredit: mStar