Suasana tenang di Kampung Paoman, Jawa Barat, bertukar gempar apabila penduduk dikejutkan dengan penemuan lima mayat sekeluarga yang tertanam di dalam sebuah lubang di kediaman mereka.

Lima Mayat Sekeluarga Dijumpai Dalam Lubang di Kediaman Sendiri

Mangsa dikenal pasti sebagai pemilik rumah, Syahroni, 70; anak lelakinya, Budi, 40; menantu, Euis, 37; serta dua cucu masing-masing berusia tujuh tahun dan lapan bulan. Penemuan mengejut itu tercetus selepas bau busuk mula merebak dari rumah berkenaan, dipercayai berlaku tiga hingga empat hari selepas insiden sebenar.

Seorang jiran, Ami, 35, mengakui masih terkejut dengan berita itu, lebih-lebih lagi selepas penduduk sebelum ini melihat dua buah lori pikap berhenti di hadapan rumah mangsa pada pagi Sabtu lalu. Bagaimanapun, tiada siapa menyangka ia mungkin detik terakhir keluarga itu dilihat hidup.

Jurucakap Polis Indramayu, AKP Tarno, mengesahkan lima mayat ditemui dalam satu lubang dan polis kini meneliti motif kejadian. Kesemua jenazah dibawa ke Hospital Bhayangkara Losarang untuk proses bedah siasat, manakala siasatan lanjut masih diteruskan bagi merungkai punca tragedi tersebut.

Kredit: Sinar Harian

 

 

[fbcomments]