Bulan Ogos adalah bulan yang istimewa buat rakyat Malaysia kerana ia adalah bulan yang bersejarah demi menyambut Hari Kemerdekaan di tanggal 31 Ogos dan pada tahun ini, ia merupakan tahun ke-66.
Datang Ke Dataran Merdeka Sejauh Lebih 8KM Dengan Jalan Kaki
Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuh Harapan, seorang warga emas yang berusia 68 tahun, iaitu Jenny Lee telah menarik perhatian netizen kerana semangat patriotik yang ditunjukkan berjaya menambat hati rakyat Malaysia seperti mana yang dikongsikan melalui laman Instagram Bernama.
Lebih menarik lagi apabila Jenny Lee dimaklumkan bahawa beliau sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8KM dari Taman Maluri ke Dataran Merdeka bersama hiasan hasil tangannya sendiri. “MERDEKA! Seorang warga emas berusia 68 tahun, Jenny Lee sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8KM dari Taman Maluri bersama hiasan yang dibuatnya sendiri untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka hari ini (semalam)”, tulis BERNAMA.
Netizen Terharu Dengan Sikap Patriotik Aunty Ini
Menjengah di ruangan komen, ramai warganet yang terharu dan bangga dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh warga emas tersebut kerana sanggup berjalan kaki melebih 8KM bagi menyambut Hari Kemerdekaan bersama-sama rakyat yang lain di Dataran Merdeka.
Kredit: Instagram BERNAMA