fbpx

Cubaan seorang lelaki untuk melarikan sebuah kereta yang turut dinaiki oleh enam murid sekolah gagal selepas suspek diberkas polis dan orang awam pada petang semalam. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Pinousuk, Kundasang, Sabah kira-kira jam 5 petang.

Suspek Cuba Larikan Kereta Bersama 6 Murid Dalam Kereta Terbabit

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Kosmo! Online, suspek berjaya diberkas oleh anggota unit kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai. Menurut Ketua Polis Daerah Ranau iaitu Deputi Superintendan Simiun Lomudin, beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kes seorang lelaki cuba melarikan kereta jenis Proton Persona yang turut membawa enam orang murid di dalam kenderaan terbabit.

“Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial. Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan”, jelasnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Masih Menjalankan Siasatan

Menurut Simiun lagi, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian dan kes bakal disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh salurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Kredit: Kosmo! Online

[fbcomments]