fbpx

Dua kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia 10 dan 11 tahun ditahan selepas perbuatan mereka menunggang motosikal sejauh 400 kilometer diketahui pihak polis.

Nak Jumpa Kawan

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Tribune Trends, difahamkan dua kanak-kanak lelaki tersebut dalam perjalanan ke Jakarta dari Panggarengan, Madura untuk berjumpa dengan seorang rakan mereka. Mereka ditahan polis selepas didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan mereka juga dipercayai meminjam wang sebanyak 100,000 rupiah (RM30.07) daripada jiran mereka untuk membeli minyak serta makanan sepanjang perjalanan.

Menurut Ketua Polis Tengaran iaitu Supeno, beliau memaklumkan bahawa kedua kanak-kanak tersebut telah menempuh perjalanan sepanjang 400KM dengan menaiki motosikal jenis Honda Beat.

Tunggang Motosikal Tanpa Kebenaran Ibu Bapa

Mengulas lanjut, hasil soal siasat mendapati bahawa mereka pergi ke Jakarta tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa masing-masing. Polis kemudiannya menghubungi keluarga mereka mengenai kejadian tersebut dan dua kanak-kanak tersebut dibenarkan untuk dibawa pulang.

Kredit: Tribune Trends

[fbcomments]