Seorang bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan maut selepas dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi ini.
Difahamkan mangsa dicampak ibunya yang berusia 18 tahun. Ibu bapa kepada wanita berusia 18 tahun itu dipercayai berada di rumah ketika kejadian.
Otak bayi berkecai
Menurut sumber, kejadian tersebut disedari oleh salah seorang penduduk yang melalui kawasan Pangsapuri Sri Ivory, Air Itam. Menceritakan kisah itu, saksi memaklumkan pada ketika itu dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan terdengar bunyi dentuman dari bawah bangunan tersebut.
Kejadian tersebut menyebabkan otak bayi mayang berkenaan hancur berkecai.