Selangor dan bekalan air berpisah tiada. Tadi pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan beberapa kawasan wilayah Petaling dan Kuala Lumpur telah terjejas kerana kerja pembaikan paip air yang terputus disebabkan tanah runtuh di Damansara Utama.
Sehingga 6 petang, 1 januari 2021
Difahamkan kerja pembaikan akan mengambil masa selama 30 jam sebelum bekalan air secara berperingkat dapat disalurkan semula. Pihak Air elangor turut memaklumkan kerja pembaikan itu dijangka siap sepenuhnya pada awal pagi esok.
Air Selangor telah memulakan kerja-kerja pembaikan paip yang terputus tersebut sejak malam semalam, 29 Dis, 2020.
Bagaimanapun, kerja pembaikan dijangka mengambil masa selama 30 jam dan akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 31 Dis 2020.
Namun pengguna di 63 kawasan terjejas di wilayah Petaling dan Kuala Lumpur akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap.
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 petang, 1 Jan 2021, menurut Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri.
Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.
Air Selangor memaklumkan berlaku kejadian paip putus disebabkan oleh tanah runtuh di Damansara Utama, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 43 kawasan di Wilayah Petaling dan 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur.