fbpx

Baru-baru ini tular di laman X berkenaan tentang seorang lelaki yang dipercayai bekas anggota polis telah melakukan aktiviti peras ugut ketika dia menyamar sebagai pegawai polis sebenar di sebuah kawasan.

Menyamar Sebagai Anggota Polis, Padahal Sudah Dipecat Sejak 2021 Lagi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @mynewshub di laman X, difahamkan lelaki berkenaan merupakan bekas anggota polis berpangkat koperal yang telah dipecat pada tahun 2021 akibat kesalahan jenayah yang dilakukannya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek masih aktif melakukan aktiviti penyamaran sebagai anggota polis dan turut membuat aktiviti pemerasan ugut di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Berdasarkan video yang dikongsikan itu, dapat dilihat beberapa anggota polis menggari tangan lelaki terbabit beserta sebuah motosikal yang turut dirampas dipercayai milik suspek. Katanya kejadian tersebut berlaku pada Jumaat yang lalu di Tol Duta menghala Tol Duke 2.

Didakwa Pernah Digantung Kerja Sebab Lakukan Peras Ugut

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, terdapat seorang pengguna di laman X yang mendakwa bekas anggota polis terbabit pernah digantung kerja akibat melakukan pemerasan ugut di kawasan Sungai Buloh. Beliau turut mendedahkan sudah ramai rakan-rakan suspek telah menasihatinya untuk berhenti berbuat demikian memandangkan suspek mempunyai tanggungan yang besar.

Kredit: X mynewshub

[fbcomments]