Akibat terlalu tertekan selepas diberhentikan kerja, seorang bekas pengurus bertindak merempuh masuk ke kawasan kilang dengan membaling petrol dan melarikan diri sebelum maut dirempuh treler di Jalan Kuala Kangsar.
Rempuh kilang lepas dibuang kerja
Suspek yang berusia 52 tahun itu baru sahaja ditamatkan perkhidmatan nya di kilang itu sebagai pengurus.
Difahamkan suspek telah menceroboh dan merempuh masuk ke kawasan kilang itu pada 7.30 malam dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic.
Suspek memandu kereta terus merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama kilang.
Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan.
A Asmadi berkata, suspek kemudiannya menaiki kereta semula dan memandu laju merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan kebakaran.
Tiada pekerja kilang terkorban
Walau bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Namun, kilang tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1 juta.
A Asmadi berkata, lelaki itu kemudiannya dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu. Dikatakan, dia sengaja melintas ketika kenderaan itu lalu.
Selepas melakukan tindakan khianat suspek, beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang.
Beliau berkata, suspek dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan melarikan diri dari tempat kejadian, saksi menyatakan suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar treler itu.
Tak puas hati dengan pihak pengurusan
Posted by Eswari Garg on Thursday, November 5, 2020
Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan.