Isu membabitkan seorang wanita bergelar guru yang dikaitkan dengan ‘Abang Wiring’ terus mencuri perhatian ramai di media sosial, namun kali ini perhatian tertumpu kepada kenyataan daripada bekas suaminya yang tampil memberi penjelasan bagi membersihkan namanya.
Lelaki yang dikenali sebagai Azraf memaklumkan bahawa dia telah melafazkan cerai terhadap wanita berkenaan pada 24 Februari lalu di Mahkamah Syariah Melaka, sekaligus menamatkan perkahwinan yang hanya bertahan enam bulan sejak mereka bernikah pada 24 Ogos tahun lalu.
![]()
Bekas Suami Guru Isu ‘Abang Wiring’ Tampil Bersuara, Dedah Bukan Pertama Kali Berlaku Curang
Menurut Azraf, dia terpaksa bersuara selepas dirinya didakwa sebagai ‘dayus’ kerana didakwa membiarkan perbuatan curang oleh bekas isterinya berlaku tanpa tindakan.
“Saya malu sangat. Saya dan bekas isteri itu berkawan sejak kecil. Hari ini hari yang saya tunggu sebab saya bukan lagi suami dia.
“Saya tak ada niat nak buka aib tapi saya juga perlu beri keterangan daripada pihak saya. Saya terganggu apabila orang bertanya, saya dayus ke, diam diri je? Yang lain biarlah Allah saja yang tahu,” ceritanya.
Azraf turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya memperoleh sijil cerai daripada Pejabat Agama Islam Ayer Keroh, yang secara rasmi menamatkan episod hitam dalam hidupnya.
Katanya, sepanjang tempoh singkat perkahwinan itu, pelbagai insiden mengecewakan berlaku termasuk isu kecurangan yang didakwa bukan kali pertama dilakukan oleh bekas isterinya.
![]()
“Lelaki itu datang rumah untuk pasang L-Box dan buat kerja wiring, bukan pasang CCTV pun. Dari situ mereka mula kenal dan berkawan pada bulan September.
“Masuk 3 bulan kahwin, dia dah kantoi. Tapi saya masih beri peluang. Sebelum kenal abang wiring ni pun, dia dah banyak kali kantoi. Tapi saya malas nak peningkan kepala. Lagi pula bukti mengenai kecurangan dia, ada yang saya masih disimpan dan ada juga sudah dibuang,” katanya lagi.
Tambah Azraf, dia pernah memaafkan wanita itu selepas beberapa kali kantoi menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sebelum mengenali ‘abang wiring’ tersebut, namun kecurangan berulang membuatkan dia memilih untuk berpisah.
Meskipun kecewa, Azraf mengakui bahawa keputusan bercerai adalah yang terbaik buat dirinya, selain berharap agar semua pihak berhenti membuat andaian tanpa mengetahui keseluruhan kisah sebenar.
Azraf turut mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan bekas suami pertama wanita berkenaan dan berharap lelaki itu juga dapat menerima ketentuan hidup dengan hati terbuka, sebagaimana yang dilaluinya kini.
Kredit: mStar