Dunia kewartawanan negara diselubungi suasana duka apabila bekas wartawan penyiaran TV3, Datuk Karam Singh Walia, dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Isnin.

Legenda TV3 Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Pemergian tokoh media berpengaruh itu disahkan oleh adiknya, Jasbant Singh, yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME) Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad. Difahamkan, mendiang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang sekitar jam 3.30 pagi.

Sepanjang kariernya, Karam Singh Walia cukup dikenali sebagai antara wartawan alam sekitar paling berpengaruh di Malaysia menerusi laporan khas yang lantang, berani dan berwibawa. Beliau sinonim dengan liputan isu pencemaran, keselamatan awam serta kepentingan pemeliharaan alam sekitar yang memberi kesan langsung kepada masyarakat.

Gaya penyampaiannya yang tegas, berautoriti dan sering diselitkan dengan pantun menjadikan beliau satu figura ikonik dalam dunia penyiaran negara, khususnya sepanjang perkhidmatannya bersama TV3 sehingga bersara pada tahun 2014.

Kredit: BERNAMA

[fbcomments]