Seorang pemandu e-hailing di Singapura yang dikenali sebagai Gavin Neo, 49, dilaporkan maut akibat serangan strok secara mengejut pada 29 Mei lalu.
![]()
Bekerja 15 Jam Sehari, Pemandu E-Hailing Meninggal Dunia Akibat Strok
Menurut rakan sekerja, mendiang merupakan individu yang sanggup mengetepikan kepentingan diri demi masa depan dua orang anaknya yang masih remaja. Beliau dilaporkan memandu sehingga 15 jam setiap hari dan hanya berehat selepas menghantar anak-anak ke sekolah pada waktu pagi.
“Dia bukan saja bekerja keras, malah sangat berjimat cermat. Bila saya tanya kenapa masih makan ala kadar walaupun penat bekerja, dia hanya jawab semuanya demi anak-anak,” kata rakannya, Bryan Ang dalam satu hantaran di Facebook.
![]()
Bryan turut menyifatkan mendiang sebagai insan rendah diri yang tidak pernah berkira dalam membantu pemandu-pemandu baharu. Menurutnya lagi, arwah tidak merokok, tidak minum arak dan jarang berbelanja untuk diri sendiri.
Gavin disahkan meninggal dunia tiga hari selepas mengalami serangan strok. Majlis pengebumiannya telah diadakan pada 31 Mei lalu. Difahamkan, anak perempuan mendiang kini berada di luar negara bersama ibunya dan masih belum pulang bagi menghadiri pengebumian bapanya.
Kredit: Sinar Harian