Anak perempuan kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib iaitu Talita tampil mencuri perhatian netizen selepas melihat dirinya handal dalam belajar kelas vokal sambil ditemani ibu tirinya, Watie Hanifiah.
@shuiblapn84 Pewaris arwah Siti 🥰 #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie
Ditemani Ibu Tiri
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @shuiblapn84 di laman TikTok, ia memaparkan Talita sedang melakukan sesi memanaskan suara bersama seorang guru vokal yang turut dilihat sedang bermain alat muzik keyboard.
Anak kedua dari empat beradik ini difahamkan telah ditemani oleh ibu tirinya iaitu Watie Hanifiah yang merakam momen tersebut dari belakang.
Pewaris Suara Siti Sarah
Namun apa yang telah menarik perhatian netizen adalah kedengaran suara Talita yang begitu lunak dan merdu semasa sesi latihan vokal. Menjengah di ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen turut terpegun apabila mendengar kemerduan suara Talita yang dianggap sebagai pewaris kepada arwah ibunya, Allahyarham Siti Sarah.
Kredit: TikTok Shuiblapn84