Bersempena dengan bulan penuh barakah ini, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak melepaskan peluang untuk berkongsi rezeki. Mereka berbuat demikian dengan memberikan air balang secara percuma kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan ini.

Hal ini telah dihebahkan kepada orang ramai melalui perkongsian video di platform TikTok bisnes milik mereka iaitu @wawacosmeticsmalaysia. Mereka akan memberikan air balang pelbagai perisa yang dicampurkan dengan aiskrim.

Air Tangan Bos

Dalam video TikTok tersebut, kelihatan Aeril sedang membancuh air balang ditemani oleh isterinya Wawa Zainal. Aeril yang sibuk membancuh air sempat juga memanggil-manggil orang yang lalu-lalang untuk datang ke ‘booth’ mereka.

Air balang percuma ini boleh didapati di Wawa Cosmetics HQ di Bandar Baru Bangi seawal jam 4.30 petang pada setiap hari di sepanjang bulan Ramadan.

@wawacosmeticsmalaysia Sempena Ramadhan , kami nak bagi air secara percuma jee setiap petang jam 4:30 sehingga habis 📌 Waze je ( wawa cosmetic Hq ) jangan lupe datang .#wawacosmetics ♬ original sound – Nashrul Sekon

Semoga Murah Rezeki

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa bersyukur dan mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.

[fbcomments]