Berikutan dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, pasti ramai yang tertunggu-tunggu kan sama ada kerajaan akan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak.
Walau bagaimanapun, sebentar tadi Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada berkata kerajaan tidak akan mengisytiharkan PKP mahupun menguatkuasakan larangan merentas negeri mahupun daerah buat masa ini.
Tiada keperluan untuk PKP
Beliau berkata, tiada keperluan lagi untuk perintah itu dilaksana mengambil kira situasi semasa Covid-19.
Semalam 287 kes baharu direkodkan, hari ini mungkin tambah lagi tapi 113 kes di Sabah itu, 35 daripadanya daripada Kluster Benteng dalam penjara.
Sebanyak 129 di Kedah pula, 128 kes di dalam penjara, manakala kalau tengok di seluruh negara, di negeri-negeri lain hanya Selangor sahaja 31 kes dan itu belum sampai zon merah iaitu 40 kes.
Jadi belum ada keperluan lagi untuk laksana PKP mahupun larangan merentas negeri.