Isu kemelut rumah tangga terus mencuri perhatian netizen apabila satu lagi kes tular di media sosial melibatkan seorang lelaki digelar ‘Abang Santan’, selepas kisah ‘Abang Wiring’ menjadi perbualan hangat sebelum ini.

Tular di media sosial seorang wanita yang juga bekas isteri kepada lelaki terbabit tampil mendedahkan perbualan bekas suaminya dengan seorang wanita lain yang didakwa berstatus janda. Pendedahan tersebut dimuat naik di akaun Facebook milik wanita berkenaan.

Lagi Kontroversi Rumah Tangga Tular, Kali Ini Bekas Isteri Dedah Perbualan ‘Abang Santan’ Dengan Janda

Menurut hantaran yang dikongsi, wanita itu mendakwa dirinya diceraikan ketika masih dalam tempoh berpantang. Lebih menyedihkan, dia turut mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mesra antara bekas suaminya dan wanita lain yang didakwa berlaku ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Tambahnya lagi, lelaki terbabit dikatakan cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa dengan menyalahkan bekas isteri kononnya tidak melayan dan tidak memasak sejak awal kehamilan, sebagai alasan perceraian mereka.

Pendedahan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap wanita terbabit yang dipercayai menanggung tekanan emosi dalam keadaan masih dalam proses pemulihan selepas bersalin.

Setakat ini, lelaki yang dikaitkan dengan gelaran ‘Abang Santan’ itu belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung pendedahan yang tular tersebut.

Kredit: Facebook Norsyafrinna Dzulkefli

 

[fbcomments]