Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada segelintir pihak yang mahu membuat laporan polis berhubung isu yang didedahkan oleh wanita yang bernama Sarah Yasmine atau lebih dikenali sebagai kekasih kepada pelakon Aliff Aziz.
Terbaharu, Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor tampil mengulas mengenai beberapa kenyataan yang meminta individu terpalit kontroversi menerusi siri pendedahan wanita berkenaan agar membuat laporan polis.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSFwN82yY/
Ini Bukan Isu Negara
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aminahtulmardiah di laman TikTok, beliau menegaskan sikap curang bukanlah satu masalah negara yang perlu diambil berat, sebaliknya ia berlaku disebabkan oleh masalah individu itu sendiri.
“Saya nak berkongsi dengan anda tadi saya dengar beberapa individu mengeluarkan kenyataan kepada media meminta untuk mana-mana individu yang terlibat dan terpalit dengan pendedahan Sarah Yasmine untuk membuat laporan polis ke atas Sarah Yasmine. Ada juga isu menyatakan bahawa jangan ‘you orang Singapura, balik Singapura selesaikan masalah ni di Singapura. Jangan mengaibkan artis-artis di Malaysia’.
“Saya hanya menyentuh isu undang-undang tetapi kena faham ini bukan isu negara. Tak ada kaitan langsung antara Malaysia dan Singapura. Ini masalah perangai. Curang bukan masalah negara. Yang kedua, bila anda buat laporan polis, saya akan terangkan apa yang akan berlaku apabila laporan polis dibuat. Contohnya di bawah fitnah ataupun di bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia.
“Apabila laporan polis dibuat, telefon yang digunakan oleh Sarah Yasmine untuk screenshot dan muat naik di Instagram akan dirampas.
“Pihak polis akan hantar kepada forensik untuk ekstrak semua keluar. Kena tengok daripada mana punca, Metadatanya daripada mana dapat. Betulkah screenshot itu daripada telefon Sarah Yasmine sendiri. Betulkah ia sekadar simpanan peribadi atau ada tak sumber lain yang menghantar maklumat kepadanya dan digunakan untuk muat naik di Instagram,” jelasnya.
Peguam Mempersoalkan Kenapa Pihak Berkuasa Perlu Membuang Masa Siasat Isu Remeh
Pada masa yang sama, Aminahtul turut mengatakan terdapat kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi sebelum satu pertuduhan boleh dibuat terhadap seseorang.
Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak berkuasa perlu membuang masa untuk menyiasat kes curang yang berlaku sedangkan terdapat banyak kes jenayah yang perlu diberi perhatian.
“Persoalan saya adalah, boleh ke dia jatuh di bawah seksyen 500 Kanun keseksaan iaitu fitnah? Dan boleh ke dia jatuh di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia?
“Awak kena tengok dalam dua seksyen ni ada elemen yang perlu dipenuhi sebelum satu pertuduhan dapat dibuat. Kenapa kita nak buang masa polis Malaysia, nak buang masa SKMM untuk siasat isu yang didedahkan oleh Sarah Yasmine?
“Sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang perlu disiasat oleh kedua-dua jabatan ini. Ini masalah peribadi mereka, orang yang patut dipersalahkan adalah siapa yang mulakan masalah ini,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, peguam yang berusia 41 tahun ini juga sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk menjaga nama baik dan sumber rezeki masing-masing.
“Perbuatan awak mencemarkan nama baik sendiri sebab pelakon yang bagus, pengkarya yang bagus diberi peluang untuk berlakon, awak jaga rezeki tu tersebut bukan dengan mengambil kesempatan cinta lokasi lah, menjadi teman pendengar setia lah, awak kena tahu batas.
“Untuk libatkan polis dan SKMM dalam isu ini hanyalah buang sumber tenaga yang ada,” ujarnya.
Kredit: TikTok aminahtulmardiah