Penerbit dan pengarah terkemuka iaitu Erma Fatima meminta Sarah Yasmine untuk berambus dari negara Malaysia kerana telah menyebabkan keadaan dalam industri seni kucar kacir disamping mencalarkan maruah orang lain.
Jangan Jatuhkan Maruah Orang! Balik Negara Kau Sana
Menerusi laporan Harian Metro, Erma meluahkan rasa kecewa dengan tindakan kekasih gelap kepada Aliff Aziz ini kerana telah membuka aib ramai pihak terutamanya artis-artis tempatan.
“Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku. Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.
“Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri. Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” luah Erma.
Erma Fatima Minta Sarah Yasmine Berambus, Jangan Sokong Dia
Tambah Erma lagi, tindakan yang dibuat Sarah Yasmine tidak seharusnya diraikan dan beliau menggesa mana-mana individu yang telah dipermalukan oleh wanita berkenaan, mohon tampil untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ataupun laporan polis.
“Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya. Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Saya harap ‘kenduri selak kain’ ini dihentikan dan pihak SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta.
“Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang? Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia,” tegasnya.
Gesa Aliff Untuk Tampil Jernihkan Keadaan
Pada masa yang sama, Erma Fatima turut meminta agar netizen di luar sana untuk berhenti memberi perhatian terhadap Sarah Yasmine serta menggesa Aliff Aziz untuk segera tampil menyelesaikan segala isu yang sedang melanda berpunca daripada tindakannya sendiri.
“Berhenti angkat dia dan raikan kenduri orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia, jangan datang. Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu.
” Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula. Tak perlu cerita isu gam dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan berambus,” katanya.
Sebelum ini, beberapa nama artis tempatan telah terpalit dalam isu kontroversi yang membabitkan Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Antara nama yang menjadi bualan ramai adalah Caprice, Emma dan Chacha Maembong, Tom, Fuad Rahman, Meerqeen, Anna Jobling dan Sophia Albarakbah.
Kredit: Harian Metro