fbpx

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Malah si anak pula haruslah menghormati kedua orang tua nya dengan memberikan layanan yang baik kepada mereka.

Namun apa yang berlaku di Mallorca, Sepanyol berlainan pula ceritanya apabila seorang remaja lelaki sanggup menikam bapanya sebanyak tujuh kali hanya kerana sebuah telefon bimbit.

Menurut portal berita Olive Press yang dipetik dari akhbar Diario de Mallorca, remaja lelaki itu baru je berusia 13 tahun tetapi dia telah berani menikam bapanya itu di rumah.

Hanya kerana telefon

Kejadian itu berlaku selepas telefon bimbit kanak-kanak tersebut telah dirampas oleh bapanya.

Oleh kerana bengang bapanya telah merampas telefonnya itu, kanak-kanak lelaki tersebut terus ke dapur rumahnya dan mengambil sebilah pisau lalu menikam bapanya di bahagian bahu dan tangan sebanyak tujuh kali.

Bapa remaja itu bertindak keluar dari rumah dan pergi ke jalan sebelum dia menghubungi polis selepas badannya dilumuri dengan darah akibat tikaman tersebut.

[fbcomments]