Seorang lelaki dan wanita yang dipercayai adalah rakan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan berbogel di surau plaza tol di Yong Peng pada Rabu lalu.

Berbogel Sesama Sendiri Di Surau Lelaki

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, tertuduh iaitu Lok Kah Hui, 25, dan Yap Win Yin, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca bersama dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Shuhaila Shafi’uddin.

Menurut pertuduhan, Kah Hui yang bekerja sebagai penjaga kebun durian manakala Win Yin bekerja di kedai makanan haiwan telah didakwa berbogel sesama sendiri di surau lelaki Plaza Tol Yong Peng pada jam 8.15 pagi, 8 November lalu.

Susulan itu, mereka berdua telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan mereka dipenjara hingga 2 tahun lamanya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]