Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal, mendedahkan bahawa dia terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis bagi mengambil semula anak-anaknya, Han dan Yuki, daripada jagaan bekas suaminya, Jofliam.
Video di bawah
https://www.instagram.com/reel/DGl-pyNzUFQ/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Cik Epal Dapatkan Bantuan Polis Untuk Bertemu Anak-Anak Setelah Berbulan Terpisah
Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal meluahkan perasaan kecewa apabila sudah beberapa bulan tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya. Dia turut menjelaskan bahawa rumah baharunya kini telah siap diubah suai dan mahu membawa Han serta Yuki tinggal bersamanya semula.
Difahamkan, mahkamah sebelum ini telah memberikan hak penjagaan anak kepada Cik Epal. Namun, dia mendakwa bekas suaminya enggan melepaskan Han dan Yuki kepadanya.
Dalam luahan yang dikongsi di media sosial, Cik Epal menyatakan bahawa dia terpaksa membawa isu ini ke ruang awam kerana bekas suaminya telah menyekat nombor telefonnya di WhatsApp.
“Aku terpaksa guna sosial media sebab dia dah block WhatsApp aku. Dah berbulan aku tak jumpa Han & Yuki. Tang dia pisahkan anak-anak dengan ibu kandung boleh pulak ekk?” tulisnya.
Selain itu, Cik Epal mendakwa Jofliam enggan membenarkan anak-anak mereka tinggal bersamanya kerana ketika itu dia masih menetap sementara di sebuah Airbnb sementara menunggu rumah baharunya siap sepenuhnya.
Susulan keadaan yang semakin tegang, Cik Epal berharap agar bekas suaminya dapat memberikan kerjasama dan mengembalikan anak-anak mereka seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah. Dia juga memaklumkan bahawa dirinya ditemani oleh peguam sewaktu ke balai polis bagi menguruskan proses mengambil Han dan Yuki.
Kredit: Instagram cikepal06