Sejak beberapa hari Aliff Syukri tidak kelihatan di media sosial, isteri kepada Dato Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida Mohd Rashid, 39, mendedahkan bahawa suaminya itu telah lari ke Australia kerana merajuk selepas berlaku pertengkaran diantara mereka.
Lari Ke Australia
Berdasarkan sumber Mstar, Aliff Syukri telah membawa diri ke Australia walaupun Aidilfitri bakal menjelang esok.
“Sebenarnya kami bergaduh, selepas itu dia (Aliff) lari dari rumah,” kata Shahida.
Berita tersebut dikongsikan Shahida selepas penyanyi Ifa Raziah menanyakan kepadanya mengapa Aliff Syukri tidak memunculkan dirinya ke sebuah festival jualan raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Mac yang lalu.
Shahida bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih terperinci tentang punca pergaduhan mereka sehingga Aliff membawa diri ke luar negara.
Dipercayai Tertekan Dengan Teaser Lagu Raya Sebelum Ini Hingga Dipanggil MCMC
Sejak tiada kemunculan Aliff Syukri di media sosial dan terdapat isu beliau dan isteri bergaduh hingga sanggup lari ke luar negara, netizen bagaimanapun percaya kehilangan usahawan sensasi itu berpunca akibat tertekan dengan kontroversi video teaser lagu raya yang berjudul Love Raya yang didakwa tidak menghormati bulan Ramadan baru-baru ini.
Sebelum ini, pada 3 April lalu telefon bimbit dan kad sim milik Aliff Syukri telah disita oleh MCMC bagi tujuan siasatan.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan tindakan penjara setahun atau dikenakan denda sebanyak RM50,000.
Kredit: Mstar