Seorang remaja terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila aksi bergurau senda bersama rakan bertukar detik hitam selepas mangsa hampir terjatuh ke sebuah landasan kereta yang tereletak di Moscow, Rusia.
![]()
Bergurau Senda Dengan Kawan Hingga Terjatuh
Menurut laporan Majoriti Official, kejadian tersebut berlaku pada Disember 2023 ketika mangsa bersama dua rakannya sedang berada di sebuah stesen kereta api. Menerusi rakaman CCTV, mangsa yang berumur 18 tahun itu dilihat sedang bergurau senda bersama rakannya dengan menunjukkan aksi meninju.
Namun selang beberapa saat kemudian, mangsa dilihat terlompat sehingga menghampiri laluan kereta api sebelum terjatuh dan diseret oleh kereta api terbabit.
![]()
Rakan Pantas Tarik Mangsa
Mengulas lanjut, kedua-dua rakan mangsa yang kelihatan panik bertindak pantas dengan menarik mangsa ke atas semula sebelum membawa mangsa ke tempat lain untuk menyelamatkannya.
Rakan mangsa sempat menghubungi ambulans dan mangsa dilaporkan selamat selepas dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan lanjut.
Jabatan Pengangkutan di bawah Jawatankuasa Penyiasatan Rusia kemudian mengesahkan bahawa rakan-rakan mangsa menjadi penyelamat ketika kejadian.
Sementara itu, pihak berkuasa juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Kredit: Majoriti Official